performance windows 10 task manager

Bagaimana menggunakan Task Manager Windows 10 untuk Lihat Performance PC

Microsoft Windows-10 ialah sistem operasi (OS) desktop dan komputer riba yang boleh memberikan prestasi cemerlang. Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi agak mencabar pada laptop jika tidak dipantau dengan teliti.

Artikel ini akan tunjukkan kepada anda cara menggunakan Task Manager Windows 10 untuk melihat performance PC.

Task Manager ialah aplikasi untuk windows-10 yang membantu dalam memantau program yang sedang berjalan, prestasi CPU, memori, penggunaan storan dan graphic card (GPU).

Ia juga menyediakan pilihan advance untuk melihat proses tersembunyi dan banyak lagi.

Bagaimana Membuka Task Manager Windows 10

Untuk membuka aplikasi Task Manager, letakkan cursor mouse di TaskBar, klik kanan dan pilih Task Manager.

Cara buka task manager windows 10

Apabila anda klik Task Manager, aplikasi terbuka seperti gambar di bawah. Pilih tab “Performance”, lihat prestasi CPU, Memory RAM, Hard Disk (HDD), Solid-State Drive (SSD) dan Graphic Display (GPU) jika ada.

Mulakan membuka software yang biasa anda gunakan, seperti Word, Chrome, Adobe, AutoCad dan sebagainya. Anda akan lihat kesemua performance akan berubah.

Performance PC

Dalam keadaan software terbuka dan running pada PC atau laptop anda. Cuba lihat diruangan performance, dari segi peratusan tertinggi. Jika peratusan tinggi dan tidak berubah pada CPU atau Graphic Display, untuk laptop, memang tak dapat dibantu, kerana itu sahaja kebolehan laptop anda.

Jika peratusan tinggi ditunjuk pada Memory atau Disk, anda boleh upgrade mengikut keperluan. Jika perlukan bantuan dari kami, ambil gambar seperti di atas dan WhatsApp ke 0198310329 atau klik sini

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *