4-langkah-link-lesen-key-microsoft-office-dengan-email

Cara Link Microsoft Office Product Key Dengan Email

Microsoft Office adalah salah satu aplikasi yang paling banyak digunakan pada masa kini. Ia dilengkapi dengan beberapa program berkualiti tinggi untuk membuat kerja pada Word, Excel, Powerpoint dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, terdapat tip Microsoft Office lain yang mungkin anda tidak sedar. Ramai orang tidak tahu cara mengaktifkan perisian dengan Microsoft Office product key yang telah di link pada email Microsoft.

Mencari Perisian Alternatif Microsoft Office?

3 Perisian Terbaik Alternatif Selain Microsoft Office


Ia mungkin membosankan perlu memasukkan semula product key setiap kali anda ingin memasang semula Windows pada PC atau laptop. Jika anda telah mendaftar akaun e-mel di laman web Microsoft dan link product key ke e-mel, ini dapat mengelakkan daripada menaip nombor lesen 25 aksara berulang kali.

Panduan ini akan tunjukkan kepada anda cara memautkan akaun e-mel Microsoft anda ke program Office 2019 supaya kunci produk anda didaftarkan dengan serta-merta. Jika anda belum mendapatkan lesen Microsoft Office, boleh dapatkan bersama kami.

Microsoft Office untuk PC Windows dan MacOS

Perisian Microsoft Office bermula dari RM150, sekali bayar, guna selamanya.

4 Langkah untuk link Microsoft Office dengan email ialah;

  1. Pergi ke website Microsoft Office https://setup.office.com
  2. Sign in atau Log-in menggunakan email yang hendak di link
  3. Salin semula 25-aksara produk key pada paparan yang ditunjukkan
  4. Klik butang “Next” dan pilihan negara “Malaysia” dan klik “Finish”

4 langkah Link Microsoft Office Product Key Dengan Email

Tutorial ini memerlukan email account dari Microsoft seperti Hotmail, Outlook atau Live Mail. Selain itu, sudah pasti Microsoft Office product key atau lesen key yang mengandungi 25 aksara seperti
contoh: XQNVK-8JYDB-WJ9W3-YJ8YR-WFG99

Jika anda belum ada email, boleh create email di sini https://signup.live.com/?lic=1

4-langkah-link-lesen-key-microsoft-office-dengan-email

1. Pergi ke website Microsoft Office https://setup.office.com

Buka browser di PC atau laptop anda dan pergi ke website setup.office.com. Paparan sama seperti di atas akan keluar. Ini merupakan website asli daripada Microsoft, jadi tidak perlu risau. Pihak Microsoft the menjenamakan semula microsoft Office kepada microsoft 365.

2. Sign in atau Log-in menggunakan email yang hendak di link

Jika anda sudah mempunyai email dari Microsoft, boleh terus Sign-In. Perlu diingat! Email anda mestilah boleh diakses dengan password yang betul, dan email ini akan digunakan selamanya untuk lesen yang akan di link. Penukaran email tidak boleh dilakukan selepas proses link berjaya.

Jika anda tidak mempunyai email Microsoft atau ingin membuat yang baru, boleh tekan butang “Create A New Account” dan ikut arahan seterusnya. Selepas berjaya membuat email kembali semula dan sign-in mengunakan email tadi.

4 langkah link lesen key microsoft office dengan email 1

3. Salin semula 25-aksara produk key pada paparan yang ditunjukkan

Anda akan lihat paparan 5 kotak putih seperti gambar di atas. Isikan 5 aksara mengikut turutan pada setiap kotak. Pastikan setiap kotak putih mempunyai 5 aksara. Pilih negara “Malaysia dan bahasa “Malay” untuk Microsoft Office Bahasa Melayu atau “English untuk lebih universal. Saya cadangkan Bahasa Inggeris.

4. Klik butang “Next” dan klik “Finish”.

Selepas menekan butang “Next” anda akan dapat lihat jenis Microsoft Office seperti Office Home & Student 2019, Office Professional Plus 2021 dan lain-lain. Anda telah berjaya link Microsoft Office product key ke email Microsoft.

Bagaimana Untuk Melihat Produk Key Microsoft Office?

Anda boleh log-in ke https://account.microsoft.com/services untuk melihat status langganan dan product key yang telah di link tadi. Pastikan anda Login menggunakan email yang sama ketika anda melakukan proses link.

bagaimana untuk melihat product key microsoft office

Bagaimana Untuk Muat-turun (Download) dan Memasang (Install) Microsoft Office?

Jika anda membeli Microsoft Office dengan kami, sila periksa email pembelian atau boleh log masuk ke dashboard shop.azcom.my/my-account/ untuk melihat semula lesen anda dan download link yang diberi.

Atau

Cara paling mudah, anda boleh log masuk ke Microsoft dashboard account account.microsoft.com/services seperti gambar di bawah.

bagaimana untuk download microsoft office

Pop-up screen seperti di bawah akan terpapar. Pilih “English” dan “Default Version” dan klik butang install sekali lagi. dan tunggu, Selepas aplikasi berjaya dipasang pada PC, anda boleh login menggunakan email Microsoft.

Jika anda memerlukan pertolongan, boleh hubungi kami dengan menekan butang sebelah kanan bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *