Kedai Komputer Azcom

Kami merupakan penyedia IT support sekitar Kulai, Pasir Gudang, Johor Bahru, Pontian dan Kota Tinggi. Kedai komputer kami terletak di Bandar putra, Kulai, Johor. Menyediakan penyelesaian komputer seperti;

  • Repair laptop dan PC
  • Masalah rangkaian (Network)
  • Naik-taraf komputer
  • Onsite computer service

Bagaimana Kami Dapat Bantu Anda?

Jangan biarkan tugasan anda tergendala disebabkan masalah PC atau komputer.
Di Kedai Komputer Azcom, kami boleh menyelesaikan pelbagai jenis kerosakan komputer degan waktu yang singkat.

Repair Part Laptop

Kami juga boleh repair atau menukar part pc atau laptop seperti power jack, audio jack USB port, HDMI/VGA port dan WIFI adapter card.

Software Installation

Kami menggunakan software original tanpa crack, pirate yang boleh merosakkan komputer anda. Semua jenis software untuk PC/laptop Windows.

Upgrade PC/Laptop

Sama ada komputer murah, lama atau baru, kedai kami akan bantu anda maksimumkan kelajuan komputer dengan teknologi terkini.

Virus Removal

Kami menggunakan alatan dan software profesional untuk mengenalpasti dan membuang virus atau malware. Selamatkan dokumen anda bersama kami.

Printer Setup

Wireless atau wired, pelbagai jenis jenama printer. Kami bantu sambungkan ke PC anda untuk melancarkan kerja printing dan scanning.

Antara Jenama PC dan Laptop Yang Pernah Dibaiki

Tidak apa jenis komputer anda, baru atau lama, kedai komputer kami sedia membantu menjadikan ianya berfungsi semula. Kami menggunakan peralatan profesional dan perkakasan OEM/Original.

Brand laptop yang kedai komputer azcom repair dan servis

Kenapa Pilih Kedai Komputer Kami?

Sebagai kedai repair PC dan laptop sekitar anda

Diagnosis Percuma

Jika anda menghadapi masalah komputer, sukar untuk mengetahui puncanya. Kami boleh bantu dengan memberikan servis diagnosis komputer secara percuma! Dengan perkhidmatan ini, kami akan periksa apa sahaja masalah komputer anda daripada virus kepada program yang rosak. Kami anda memberikan ada sebut-harga sebelum membaikinya. Jadi jangan tunggu lagi, hubungi kami sekarang!

staff berpengalaman

Staff Berpengalaman

Bagi suatu tempat pastinya akan ada kedai komputer yang sudah lama beroperasi dan mampu bertahan di lokasi yang sama untuk bertahun-tahun. Hal ini kerana kami mempunyai pengalaman dan kemahiran yang tidak boleh disangkal lagi, bukan setakat “outsourcing” sahaja.

Di Azcom Solution, kami sentiasa mengemaskini sistem dan teknologi terkini perkakasan komputer seperti SSD dan RAM serta software seperti perisian Microsoft Windows, Microsoft Office. Selain itu, kemahiran mengendalikan sistem komputer juga sentiasa menjadi keutamaan syarikat.

Tiada Kos Terselindung

Perkara ini agak sukar untuk dicari dan ditentukan kerana anda perlu mencubanya terlebih dahulu. Kebanyakan kedai mengenakan caj tersembunyi yang tidak disebut semasa anda hadir untuk diagnosis tetapi hanya disebut semasa mahu buat pembayaran sahaja.

Bagi kami, diagnosis awal boleh menentukan harga sebelum meneruskan repair. Memandangkan harga alat-ganti tidak tetap, kami sentiasa mengemaskini senarai harga barang. Pastinya, sebut-harga akan diberi sebelum pembaikan dilakukan.

4. Servis Berkala

Walaupun Komputer atau laptop murah, tetapi jika dijaga dengan baik akan lebih tahan lama. Setiap komputer perlu dihantar servis secara berkala dalam tempoh 3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan. Servis berkala termasuklah cucian kipas dan bahagian dalaman komputer serta mengemaskini perisian terkini. Azcom solution menyediakan servis berkala untuk pejabat. Kami boleh menerima sehingga 30 unit komputer dengan maksimum 3 unit server sekaligus. Setiap servis akan dijadualkan mengikut jenis perniagaan dan komputer

5. Onsite Computer Services

Fokus pada perniagaan anda, biarkan masalah perkomputeran di pejabat diatasi oleh pihak kami. Dengan adanya on-site service dan jadual berkala, kami mampu meminimumkan masalah komputer dan rangkaian (Network) di premis perniagaan.

Pastikan komputer di pejabat anda mempunyai preventive maintenance schedule untuk mengelakkan masalah yang lebih besar pada perkakasan dan perisian. Ini dapat menjamin penggunaan yang lebih optimum dan mengurangkan tempoh “Downtime” untuk kerja-kerja yang dijalankan.

Dapatkan servis berjadual untuk pejabat anda dengan melayari pakej harga yang ditawarkan.