perisian microsoft office 365 johor

Microsoft Office 365 Malaysia

Business Email & Office Application

Naik taraf komputer anda dengan perisian Microsoft Office 365. Aplikasi wajib ada pada setiap komputer peribadi dan pejabat. Didatangkan dengan pakej storan simpanan awan (Cloud Storage) 1 TB dan Microsoft Editor.

Perisian Alternatif Terbaik Word, Excel dan PowerPoint

Sebelum ini saya pernah kongsikan 3 perisian alternatif Microsoft Office 365 untuk Windows 10 dan 11. Antaranya WPS, Ashampoo Office 2018 dan FreeOffice. Tetapi, Microsoft 365 lebih menjadi pilihan kerana ciri dan tahap keselamatan aplikasinya.

Dulunya dikenali Office 365, ia telah dinaik-taraf dengan ciri terbaru pada setiap aplikasi. Bukan itu sahaja, anda akan dapat sekali cloud storage OneDrive 1 TB dan Microsoft Editor. Di pasaran Malaysia banyak pakej Office yang dijual, tetapi kami hanya menawarkan 4 pakej Office yang sesuai untuk kegunaan pelajar, pekerja dan perniagaan.

microsoft office home student on Perisian Microsoft Office 365 Malaysia
Microsoft Office Home & Student

Sesuai untuk kegunaan pelajar, guru dan komputer rumah. Boleh ke saya bekerja, tapi install perisian ini? Jika komputer adalah milik individu, ya boleh.

  • Aplikasi – Word, Excel, PowerPoint dan OneNote
  • Pakej harga – Berpatutan dengan pakej sekali bayar, guna selamanya untuk 1 komputer.
  • Pengguna – Sesuai untuk komputer atau laptop peribadi dan keluarga.
microsoft office professional on Perisian Microsoft Office 365 Malaysia
Microsoft Office Professional

Perisian Office ini digunakan oleh syarikat atau perniagaan. Ia lebih banyak fungsi berbanding Office Home & Student terutama dalam aplikasi, perkongsian dokumen, dan pengurusan.

  • Aplikasi – Word, Excel, PowerPoint, Outlook, Publisher, Access, Teams, OneNote, Skype.
  • Pakej harga – Berpatutan untuk perniagaan, sekali bayar, guna selamanya untuk 1 komputer.
  • Pengguna – Sesuai untuk komputer meja (Desktop) di pejabat, syarikat dan mereka yang memerlukan aplikasi Access.
microsoft 365 personal on Perisian Microsoft Office 365 Malaysia
Microsoft 365 Personal

Pakej Microsoft 365 ini merupakan langganan tahunan. Didatangkan dengan aplikasi tambahan seperti cloud storage 1 TB OneDrive, dan Outlook. Apa yang menariknya, perisian ini boleh diaktifkan sehingga 5 komputer peribadi, sama ada Windows, Mac OS, smartphone atau tablet.

  • Aplikasi – Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, OneDrive, Editor.
  • Pakej harga – Langganan tahunan
  • Pengguna – Sesuai untuk penggunaan individu yang mempunyai komputer lebih dari satu.
microsoft office 365 business azcom on Perisian Microsoft Office 365 Malaysia
Microsoft 365 Business

Office 365 business ini lebih sesuai untuk kegunaan perniagaan yang mempunyai 5 hingga 300 buah komputer. Ia mempunyai ciri yang lebih advance seperti perkongsian document, perisian untuk pengurusan kerja dan sebagainya.

  • Aplikasi – Word, Excel, PowerPoint, OneNote Outlook, OneDrive, SharePoint, Publisher dan banyak lagi.
  • Pakej harga – Langganan tahunan
  • Pengguna – Syarikat atau perniagaan yang mempunyai struktur organisasi yang lebih teratur.

Perbezaan Perisian Microsoft Office 2021
dan Microsoft 365

Banyak perbezaan antara Microsoft Office 2021 dengan Microsoft 365. Tetapi yang paling ketara adalah harga dan pakej yang ditawarkan. Anda perlu mempertimbangkan beberapa ciri menarik yang ada pada produk terbaru Microsoft 365. Tepuk dada, tanya selera. Berikut merupakan perbezaannya;

Office 2021
(cth: Home & Student 2021)
Microsoft 365
(cth: Microsoft 365 Personal)
KosPembelian sekali sahajaLanganan tahunan
AplikasiWord, Excel, PowerPointWord, Excel, PowerPoint, OneDrive, Outlook, Security Defender, Microsoft Editor, Access dan Publisher.
Ciri Kemas-Kini (Update Version)Kemas-kini terbaru hanya pada ciri keselamatan (Security update)Anda akan dapat kemas-kini fungsi dan ciri terbaru untuk aplikasi serta ciri keselamatan.
Pemasangan (Installation)Pemasangan sekali sahaja sama ada ada komputer Windows atau Mac OSAnda boleh memasang sehingga 5 peranti sendiri sama ada komputer, Mac, smartphone, table. Jika mahukan berkongsi, saya cadangkan ambil pakej family.
Storan tambahan (Cloud Storage)Tidak disertakanDiserta dengan storan 1 TB beserta ciri keselamatan tambahan. Jika pakej family, setiap ahli akan dapat 1 TB seorang.
Sokongan TeknikalSokongan awal untuk pemasangan sahajaJika anda membuat pembelian bersama Azcom, anda boleh dapatkan terus sokongan teknikal sepanjang langganan aktif.

Soalan Lazim Yang Biasa Ditanya Pengguna

Kami telah mengumpul beberapa soalan yang kerap ditanya oleh pengguna. Memandangkan produk Microsoft Office ini banyak variasi, kami hanya mengambil sebahagian pakej yang sesuai mengikut pelanggan yang telah lama gunakan bersama Azcom.

Ya boleh, tetapi untuk pakej Office 2021. Microsoft 365 tidak menyediakan aplikasi berasingan.

Ya boleh, selagi motherboard komputer anda tidak rosak. Manakala untuk Microsoft 365, anda boleh remove device daripada dashboard Microsoft account.

Selepas tarikh tamat langganan, aplikasi (apps) anda masih boleh dibuka, tetapi dalam keadaan mode “read-only”. Anda tidak boleh edit atau create. Cloud Storage OneDrive pula akan menjadi basic quota iaitu 5 GB. Data anda masih ada, dan perlu download sebelum di “write-off”.

Ya ada, tetapi versi online. Anda perlu internet setiap kali ingin menggunakannya. Daftar di sini Microsoft 365 percuma

Ya untuk proses pemasangan. Perisian perlu diaktifkan dan dikemaskini sebelum digunakan pertama kali. Selepas itu, internet tidak diperlukan dan anda masih boleh gunakan aplikasi seperti biasa.
Pastikan sambungan internet dilakukan sekali sebulan. Jika tidak, Microsoft 365 activation error. Anda akan berada pada mod limited. Untuk mengaktifkan semula, sila sambung internet dan login semula.

Tidak boleh, pakej ini tertakluk pada sekali pengaktifan untuk 1 komputer. Manakala Microsoft 365 boleh dilakukan melalui dashboard Microsoft account.

Jika anda pernah install Office crack/pirate, saya cadangkan, komputer perlu di format semula atau membuat pembersihan dengan cara buang product key Office 2019 lama.