Soal Jawab Service AZCOM

Antara soalan yang kerap ditanya mengenai service kami

KAMI ADA JAWAPAN

Soalan Lazim Service Komputer

Kami membuat halaman ini untuk membantu anda menjawab beberapa soalan lazim mengenai servis komputer
yang selalu ditanya oleh pelanggan sebelum ini.

Tidak! Anda boleh membawa komputer atau laptop terus ke kedai komputer kami, tidak perlu janji temu. Kami juga menyediakan servis ambil dan hantar ke lokasi anda, perkhidmatan ini memerlukan temujanji untuk kawasan tertentu. Sila rujuk halaman On-site service.

Jika anda menghantar desktop komputer, anda hanya perlu bawa CPU sahaja. Kabel dan monitor tidak perlu.

Jika anda menghantar laptop atau netbook, kami menggalakkan anda membawa charger bersama.

Ya, kami adalah merupakan pusat service dan repair komputer riba. Kami boleh baiki power jack komputer riba jika longgar, mengganti skrin komputer riba, dan mengganti hinge yang patah, atau membuat penggantian alat-ganti laptop seperti bateri, casing dan lain-lain.

Ya! Kami mempunyai pasukan yang boleh datang ke rumah atau premis perniagaan anda untuk menyelesaikan masalah yang mungkin anda hadapi. Hubungi kami untuk membuat temujanji.

Ya, kebanyakkan kes kami boleh recover semula data dan dokumen anda. Jika tidak, kami boleh refer kepada pakar dalam bidang data recovery. Kami sarankan anda berhenti menggunakan komputer selepas menyedari dokumen anda terbuang.

Ia bergantung pada masalah komputer atau laptop anda (dan betapa sibuknya kami). Tetapi biasanya ia dilakukan pada hari yang sama, jika anda menghantar sebelum jam 2 petang. Untuk masalah software, kebiasaannya mengambil masa 1 ke 2 hari dan masalah hardware mengambil masa 2 hingga 8 hari, bergantung pada alat-ganti.

Jika anda mempunyai soalan yang tidak di paparkan disini,
sila email terus kepada kami di halaman contact.