3 Ciri Wajib dalam WhatsApp Business untuk Tingkatkan Jualan & Elak Pelanggan Lari
Untuk perniagaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia, WhatsApp Business bukan sekadar aplikasi sembang biasa – ia telah menjadi alat penting untuk komunikasi dan jualan. Namun, ramai peniaga menghadapi cabaran dalam menguruskan pelanggan dengan lebih sistematik. Masalah utama yang sering dihadapi termasuk:
- Sukar untuk follow-up pelanggan yang berminat tetapi tidak segera membuat keputusan.
- Tidak mempunyai masa untuk membalas mesej pelanggan secara manual setiap hari.
- Kesukaran mengurus mesej promosi dan pemasaran dengan berkesan.
WhatsApp CRM: Penyelesaian Ciri Tambahan Pada WhatsApp Business untuk peniaga
WhatsApp CRM ialah sistem yang membantu peniaga mengurus pelanggan dengan lebih mudah dan teratur melalui WhatsApp. Ia merupakan ciri tambahan pada WhatsApp Web yang biasa kita guna di Google Chrome, jadi ia tak perlukan WhatsApp API. Antara fungsi utamanya seperti pengurusan pelanggan, automasi penjadualan mesej (Schedule Message) menghantar mesej promosi, informasi dan berita (campaign Broadcast) dan template mesej (Message Templates).
Ia memudahkan komunikasi, meningkatkan jualan, dan menjimatkan masa. Pendek kata, ia membolehkan anda urus pelanggan tanpa perlu balas satu per satu – semuanya lebih cepat, profesional, dan tersusun!
1. Schedule Message – Automasi Follow-Up Pelanggan

Hantar mesej text, gambar, file attach, share contact, lokasi atau buat undian
Masalah yang Dihadapi Peniaga:
- Terlepas peluang jualan kerana terlupa follow-up pelanggan selepas mereka bertanya tentang produk.
- Tidak cukup masa untuk membalas mesej pelanggan secara manual.
- Sukar mengurus janji temu atau mengingat tarikh penting seperti bayaran tertunggak.
Penyelesaian: Schedule Message dalam WhatsApp CRM
Dengan Schedule Message WhatsApp, anda boleh menjadualkan mesej automatik untuk dihantar pada waktu yang sesuai. Ciri ini sangat berguna untuk:
- Menghantar peringatan promosi atau pembayaran tertunggak.
- Mengucapkan selamat kepada pelanggan pada hari lahir atau perayaan.
- Follow-up pelanggan secara automatik selepas mereka bertanya tentang produk.
Dengan automasi WhatsApp Business, anda boleh memastikan pelanggan sentiasa mendapat respon tepat pada masanya tanpa perlu risau terlupa atau kesuntukan masa. Ini membantu meningkatkan kadar penutupan jualan dan mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan.
2. Campaign Broadcast – Hantar Mesej Pukal Secara Efisien
Masalah yang Dihadapi Peniaga:
- Sukar menghantar mesej kepada ramai pelanggan dalam satu masa.
- Terpaksa salin dan tampal mesej berulang kali secara manual.
- Menggunakan group chat, tetapi pelanggan tidak selesa dengan notifikasi berlebihan.
Penyelesaian: Campaign Broadcast WhatsApp
Promosi dan kempen pemasaran adalah penting untuk mengekalkan pelanggan serta menarik pelanggan baru. Campaign Broadcast WhatsApp membolehkan anda menghantar mesej ke ratusan atau ribuan pelanggan sekaligus tanpa perlu salin dan tampal satu per satu.
Kelebihan utama ciri ini:
- Mengumumkan promosi atau jualan khas kepada pelanggan sedia ada.
- Menghantar pengumuman penting tanpa perlu membuat group chat.
- Memastikan setiap pelanggan menerima mesej tanpa perlu menyimpan nombor mereka dalam kontak.
Dengan WhatsApp CRM seperti BESCHAT, anda boleh menguruskan sistem WhatsApp marketing dengan lebih mudah dan memastikan mesej dihantar kepada pelanggan yang betul. Ini membantu meningkatkan kadar respon pelanggan dan memastikan maklumat penting disampaikan dengan berkesan.
3. Message Template – Jimat Masa dengan Respon Profesional

seperti, maklumat pembayaran, lokasi kedai, harga produk.
Masalah yang Dihadapi Peniaga:
- Pelanggan bertanya soalan yang sama berulang kali.
- Perlu menaip jawapan yang sama setiap kali pelanggan bertanya.
- Kesukaran memberi respon pantas di luar waktu operasi.
Penyelesaian: Message Template WhatsApp
Dengan Message Template WhatsApp Business, anda boleh menyediakan jawapan automatik yang profesional dan pantas untuk pelbagai situasi seperti:
- Menjawab pertanyaan harga dan stok dengan lebih cepat.
- Menghantar panduan pembayaran dan penghantaran secara automatik.
- Memberi respon pantas kepada pelanggan di luar waktu operasi.
Dengan templat mesej WhatsApp CRM, anda bukan sahaja menjimatkan masa, malah memastikan komunikasi dengan pelanggan lebih lancar dan konsisten. Ini meningkatkan profesionalisme dalam perniagaan dan memastikan pelanggan mendapat jawapan segera tanpa menunggu lama.
Kesimpulan
Tanpa pengurusan pelanggan yang sistematik, pelanggan mudah hilang minat dan berpindah ke pesaing. WhatsApp Business dengan ciri CRM Schedule Message, Campaign Broadcast, dan Message Template boleh membantu anda mengurus komunikasi dengan lebih efisien dan meningkatkan jualan dengan lebih mudah.
Jika anda sedang mencari WhatsApp CRM terbaik di Malaysia yang murah dan jimat, BESCHAT adalah pilihan terbaik untuk peniaga yang mahu mengurus pelanggan tanpa pening kepala!
Nak tahu lebih lanjut? Layari BESCHAT – WhatsApp CRM hari ini! 🚀