Ketahui Jenis Screen laptop dan Harganya
Selain prestasi processor, grafik dan memory RAM, paparan screen laptop juga menjadi faktor pemilihan pelanggan. Kebanyakkan paparan screen laptop baru di pasaran adalah 14 inch dan 15.6 inch. Manakala jika anda memilih laptop second-hand, skrin 12.5 masih ada ditawarkan dengan harga yang lebih murah.

3 Jenis Skrin Laptop Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Hantar Repair
Laptop screen pecah, retak, bergaris atau tak berfungsi? Ini antara petanda anda perlu keluarkan duit kocek untuk ganti screen baru. Tetapi sebelum hantarnya ke kedai komputer, saya nak kongsikan 3 jenis skrin laptop yang biasa digunakan oleh pengeluar komputer seperti HP laptop, Acer, Asus, Lenovo dan lain-lain.
- LCD – Liquid Crystal Display
- LED – Light-emitting Diode
- FHD – Full High-definition
LCD Laptop Screen
Skrin LCD adalah jenis skrin laptop yang biasa ada pada laptop keluaran tahun 2000 ke atas. Setiap piksel pada skrin LCD adalah satu elemen yang memancarkan cahayanya sendiri.
Kelebihan LCD Screen | Kekurangan LCD Screen |
---|---|
1. Harga yang lebih murah 2. Penggunaan bateri yang rendah | 1. Skrin berkilat menyebabkan pantulan dan silau 2. Warna pada screen LCD boleh kelihatan pudar 3. Screen LCD tidak seterang LED |
LED Screen laptop
LED adalah sangat berbeza dengan LCD, jika LCD menggunakan teknologi cecair (Liquid), LED lebih kepada lampu diod. Setiap pixelnya menggunakan cahaya diod membolehkan LED memancarkan cahaya lebih terang pada waktu terang dan gelap.
Kelebihan LED Screen | Kekurangan LED Screen |
---|---|
1. Menghasilkan paparan yang lebih jelas dan berkualiti 2. Penggunaan kuasa bateri yang sedikit berbanding LCD 3. Screen LED lebih nipis dari LCD 4. LED lebih tahan lasak dan tahan gegaran | 1. Harga yang lebih mahal berbanding LCD 2. Jangka-hayat LED lebih pendek 3. Paparan skrin tidak jelas jika berada di bawah cahaya matahari |
FHD Screen laptop
Jika anda mahukan imej yang jelas, warna terang dan skrin yang boleh dilihat dengan mudah dalam mana-mana persekitaran, maka skrin FHD mungkin sesuai untuk anda. FHD bermaksud definisi tinggi penuh, iaitu sejenis resolusi skrin.
Kelebihan FHD Screen | Kekurangan FHD Screen |
---|---|
1. Mempunyai kualiti imej yang terbaik 2. Screen FHD lebih jimat tenaga bateri 3. Paparan screen yang lebih lebar dan luas 4. Lebih sesuai dan responsif dengan touchscreen | 1. Mata pengguna mudah terdedah dengan resolusi tinggi 2. Harga screen yang agak mahal |
Harga Repair Screen Laptop
Sekarang, anda sudah tahu jenis screen. Ada beberapa jenis laptop seperti model laptop Acer aspire E15 yang menggunakan paparan screen LED Full HD tetapi boleh menggunakan LED biasa. Ini dapat menjimatkan kos kerana harganya yang lebih murah. Bagi kami, LCD atau LED screen sama sahaja, tetapi resolusi yang membezakan harga sama ada murah atau mahal.
- HD screen bersaiz 14 dan 15 inch dibawah RM370
- Full HD bersaiz 14 dan 15 inci di bawah RM490
- UHD dan QHD dalam lingkungan bawah RM800
Kesimpulannya
Screen laptop agak rapuh dan mudah terdedah dengan kerosakkan. Kita belum lagi bercakap mengenai jenis touch screen laptop, lagi mahal harganya.
Jadi, jagalah laptop anda dengan beberapa tip ini,
- Tidak menindih laptop dengan barang yang berat,
- Tidak Membiarkan laptop terdedah di bawah suhu yang tinggi,
- Buka paparan screen laptop dengan memegang di bahagian tengah atas screen (Dibahagian Camera).
Di Azcom computer, kita bukan sahaja boleh repair screen, jika anda berada sekitar Kulai, bolehlah ke kedai komputer Azcom yang menyediakan service laptop repair di Johor. Anda juga boleh hubungi kami di 07-595 5136 atau klik untuk WhatsApp saya.