Cara Terbaik Backup Data Dengan Storan Awan (Cloud Storage)
Banyak cara untuk backup data, seperti menyimpan di dalam storan luar (External Hard-Disk), pemacu USB (PenDrive) dan storan awan (Cloud Storage). Hari ini, saya akan terangkan cara terbaik, bagaimana backup data menggunakan storan awan atau Cloud Storage.
Terdapat banyak kelebihan storan awan berbanding penyelesaian storan lain. Penyimpanan awan lebih mudah, mudah diakses, dan harga yang berpatutan. Anda boleh mengakses fail atau dokumen dari jauh pada mana-mana peranti dan boleh berkongsinya dengan rakan dan keluarga dengan mudah.
Apakah itu Storan Awan?
Storan awan atau Cloud Storage ialah ruangan simpanan data di PC atau laptop yang akan di muatnaik (Upload) ke ruangan simpanan data online. Ini merupakan satu cara untuk menyelamatkan fail-fail penting dengan backup data anda secara automatik.
Teruskan membaca, kerana saya akan kongsikan kepada anda 3 Cloud Storage percuma untuk backup data secara online.
3 Cloud Storage Popular Untuk Windows
- Microsoft OneDrive
- Google Drive
- Dropbox

1. Microsoft OneDrive
Microsoft OneDrive merupakan contoh storan awan popular di Malaysia, ia terbina Bersama Microsoft Windows 10 dan 11. Oleh itu, anda hanya perlu mendaftar menggunakan email Hotmail atau Outlook untuk mendapatkan 5GB storan percuma. Claim storan percuma disini. Â Jika memerlukan storan yang lebih besar, anda boleh naik-taraf kepada 1TB (Terabyte).

2. Google Drive
Sama seperti OneDrive, Google Drive adalah perkhidmatan penyimpanan awan percuma yang membolehkan anda menyimpan dokumen, foto dan video anda di internet. Ia serasi dengan komputer Windows dan Mac, serta Chromebook.
Salah satu perkara terbaik mengenai Google Drive ialah keserasiannya dengan peranti Android. Ini bermakna anda akan dapat mengakses fail anda dari mana-mana sahaja!

3. Dropbox
Dropbox ialah perkhidmatan storan awan yang mudah digunakan dan murah yang boleh membantu anda melindungi data peribadi anda. Dengan akaun percuma, anda mempunyai ruang 2GB untuk menyimpan dokumen, foto, dan video.
Selain itu, Dropbox menyusun fail anda dengan cara yang memudahkan anda mencari apa yang anda perlukan tanpa perlu menyelesaikan semuanya. Sekiranya anda mencari perkhidmatan perkongsian fail atau akses yang selamat, ini adalah pilihan terbaik untuk anda!
Kesimpulan
Antara ketiga-tiga storan awan di atas, kami memilih Mirosoft OneDrive. Jika anda pengguna PC atau laptop yang berasaskan Windows 10 atau 11, ia lebih mudah dengan system backup data secara automatic sejurus anda menyambung ke internet. Kos untuk menaik-taraf ke 1TB storan juga agak berpatutan kerana ia di datangkan bersama Microsoft Office.
One Comment