laptop murah azcom solution

4 Tips Memilih Laptop Murah Bawah RM1,000

Sekiranya ingin mencari laptop atau notebook, anda mungkin tahu bahawa terdapat banyak pilihan jenama dan model. Laptop murah bawah RM500 atau RM1000 kebiasaannya laptop terpakai atau refurbished. Walau bagaimanapun, jika anda mahukan komputer berkualiti, ia mungkin menelan belanja lebih daripada yang anda jangkakan. Jadi, anda perlu mempertimbangkan dengan bajet dan prestasi laptop yang diinginkan.

Senarai Laptop bajet Untuk Student dan Gamers

Anda perlu berhati-hati dengan penjualan laptop murah yang ditawarkan di kedai laptop dan online. Murah tak semestinya tak elok, namun anda perlu berwaspada dalam pemilihan agar berbaloi dengan harga dan kualiti. Jadi, dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan 4 tips, bagaimana memilih laptop yang murah setanding dengan prestasi dan kualiti yang diinginkan?

  1. Ketahui bajet dan keperluan anda
  2. Fikirkan tentang tujuan membeli laptop
  3. cari set spesifikasi yang betul
  4. Jenama yang terbaik untuk dipilih

Cara Terbaik Mencari Laptop Murah dan Berkualiti

kedai pc azcom
Bajet murah dapat murah #janganmarah

1. Ketahui Bajet dan Keperluan Anda

Sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad dan hanya memerlukan prestasi laptop yang sederhana, terdapat beberapa pilihan hebat untuk anda. Salah satu pilihan yang paling popular ialah Chromebook, dengan paparan skrin 13.3 inch, webcam dan storan 32GB. Ia lebih ringan dan mudah digunakan. Laptop murah dan ringan ini sesuai untuk pelajar dengan penggunaan software Google Classroom, Microsoft Team dan Micosoft office.

Jika anda ingin mencari prestasi laptop yang sederhana dengan bajet di bawah RM1000, saya sarankan laptop refurbished. Kini, pelbagai model dijual seperti Toshiba, Lenovo, HP, Dell dan banyak lagi. Dengan berbekalkan RM900, anda boleh dapatkan Lenovo X240, paparan skrin 13.3 inch, Memory RAM 4 GB dan dikuasai solid-state drive (SSD) 120 GB. Maklumat lengkap di kedai laptop online.

gaming pc azcom
Laptop cantik bukan untuk menunjuk #kauada

2. Fikirkan Tentang Tujuan Membeli Laptop

Anda perlu fikir, apakah tujuan untuk membeli laptop ini. Sekiranya hanya untuk kerja-kerja asas menaip atau melayari internet, komputer murah dengan kualiti lebih mudah dicari.

Walau bagaimanapun, jika anda memerlukan komputer riba untuk sesuatu yang lebih spesifik, seperti pereka grafik atau jurutera yang menggunakan software premium seperti AutoCad, Adobe, MatLab, saya cadangkan jenis gaming laptop atau laptop lebih berprestasi tinggi pada processor Intel Core i5 dan memory RAM 8 GB. Di kedai pc kami, anda boleh memilih dari laptop yang sederhana untuk student sehingga yang berkuasa.

upgrade laptop azcom
Upgrade untuk performance #lajuuuu

Cari Set Spesifikasi Yang Betul

Apabila anda mencari laptop, sukar untuk mencari yang mempunyai spesifikasi diinginkan. Anda perlu tahu spesifikasi yang betul dapat menjamin kelancaran kerja sekaligus berbaloi dengan pelaburan yang dibuat.

Apakah yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan spesifikasi laptop?

  • Paparan screen 14 atau 15 inch
  • Processor Intel Core i3 lebih murah berbanding Intel Core i5, mengikut generasi
  • Memory RAM DDR4 yang terbaru dan DDR3 masih lagi berbaloi
  • Storan menggunakan Solid-State Drive (SSD), lihat kelebihan SSD berbanding HDD
  • Adakah terbina graphic card seperti AMD Radeon, sesuai untuk kerja designer
  • Aksesori komputer lain seperti bag, mouse, pencuci

Perlukan bantuan untuk memilih? Klik untuk hubungi kami

Tidak kira laptop baru atau terpakai (Refurbished), sentiasa pilih mengikut bajet dan keperluan penggunaan. Laptop kebiasaannya boleh dinaik-taraf (Upgrade) dari segi Memory RAM dan Hard Disk (HDD) atau Solid-State Drive (SSD).

laptop acer aspire azcom
Acer juga terbaik #hidupacer

Jenama Yang Terbaik Untuk Dipilih

Adalah idea yang baik untuk mencari laptop berjenama. Banyak jenama yang kurang dikenali menggunakan bahagian yang lebih murah dalam pembuatan mereka, yang boleh membawa kepada jangka hayat yang lebih pendek untuk komputer riba anda. Jika anda membeli komputer dari jenama yang bereputasi,  anda boleh mendapatkan perkhidmatan pelanggan dengan mudah dan senang.

Selain itu, jika anda membeli dari jenama yang lebih mahal, anda sering boleh mendapatkan lebih banyak ciri untuk wang anda. Saya akan mengesyorkan melihat jenama seperti HP, Lenovo, Toshiba atau Acer Aspire.

Kesimpulannya, Adakah Laptop Murah atau Mahal?

Asasnya adalah untuk mencari komputer riba yang memenuhi anggaran dan keperluan anda, balik kepada bajet. Sekiranya anda mencari laptop murah dan tidak pasti di mana hendak bermula, kami berharap tips ini membantu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *