SSD vs HDD: Yang mana terbaik untuk PC dan Laptop
SSD vs HDD: Apakah perbezaannya?
Dari segi fungsi dan kualiti, SSD atau Solid-State Drive adalah storan yang menggunakan teknologi flash seperti pendrive dan tidak mempunyai bahagian yang bergerak seperti Hard-Disk Drive (HDD). Setakat ini, SSD hanya mempunyai satu saiz 2.5 inch dan menjimatkan ruang PC dan ringan bila digunakan pada laptop, ada juga boleh terus di pasang pada motherboard. Storan SSD juga jauh lebih laju daripada HDD.
Storan HDD terdiri daripada pita magnetik seperti Disc dan mempunyai bahagian mekanikal di dalamnya. Maka, ia lebih besar dan berat daripada SSD dan jauh lebih lambat untuk membaca data.

Mengapa menggunakan SSD?
Jika sebelum ini anda mempunyai PC atau laptop yang menggunakan HDD, pasti anda biasa alaminya. Windows akan mengambil masa lebih lama untuk boot, aplikasi atau perisian akan mengambil masa yang lebih lama untuk berfungsi dan fail akan mengambil masa yang lebih lama untuk membuka, menyimpan dan pindahan (transfer).
Upgrade kepada SSD, anda pasti lebih puas hati. Masa menunggu berkurang secara drastik, walaupun menggunakan SSD yang murah.
Salah satu kegunaan SSD dalam PC dan laptop adalah sebagai pemacu boot Windows . Selain itu, ia juga membantu mempercepatkan perisian lain untuk berfungsi.
Dari segi harga, SSD lebih mahal berbanding HDD, tetapi SSD mempunyai pelbagai kapasiti seperti 120 GB, 240 GB, 480 GB dan banyak lagi. Harga terkini untuk SSD model PNY 240 GB adalalah RM175. Tetapi dengan harga RM195, anda boleh dapatkan HDD 1 TB!
PCIe 4.0 SSDs
Jika anda menggunakan platform AMD, anda mungkin dapat menggunakan PCIe 4.0 SSD yang baru. Ini adalah pemacu pengguna terpantas yang dijual.
Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan kedua-dua pemproses Ryzen 3000 dan set cip AMD X570 pada motherboard, anda tidak akan dapat memanfaatkan sepenuhnya.
Mengapa menggunakan HDD?
Cara terbaik untuk HDD adalah storan simpanan data . Jenis pemacu ini lebih murah daripada SSD dan boleh didapati dalam beberapa saiz yang agak besar. Mempunyai banyak permainan atau media untuk disimpan pada PC anda? Tiada masalah, anda boleh mendapatkan satu atau lebih pemacu lebih daripada saiz 1TB.
Casing PC biasanya mempunyai ruang yang lebih daripada satu pemacu. Ini bermakna, anda boleh menambah HDD mengikut budget anda untuk simpanan data.
Harga setiap gigabait masih jauh lebih rendah daripada SSD, dan pemacu kapasiti besar sentiasa mampu dibeli.
Rujukan Jadual Perbezaan SSD dan HDD
HDD (Hard Disk Drive) | SSD (Solid State Drive) | |
---|---|---|
Kapasiti | Boleh didapati dari 500GB hingga ke 2TB. Mempunyai 2 saiz 2.5 dan 3.5 inch | Pelbagai kapasiti, tetapi kecil, 120GB, 240GB 480GB dan 980GB |
Kelajuan Read/Write | Sekitar dari 50 – 120MB/s dengan 7200 RPM Dics | Lingkungan 200 MB/s dan terdapat yang mempunyai kelajuan 500 MB/s atau lebih |
Encryption | Full Disk Encryption (FDE) pada model tertentu | Full Disk Encryption (FDE) |
Harga | HDD bersaiz 3.5 inci lebih murah dari 2.5 inci. Contoh : RM1 = 1GB | Lebih mahal jika dibandingkan dengan HDD. Contoh : RM10 = 1GB |
Bunyi | Menghasilkan bunyi bising dari putaran dics. | Hampir tidak menghasilkan bunyi |
Kadar Kegagalan | kadar kegagalan kira-kira 1.5 juta jam atau lebih | kadar kegagalan kira-kira 2.0 juta jam atau lebih |
Terjejas Dengan Magnet | Magnet boleh memadam data | Selamat dari sebarang magnet |
Penggunaan Kuasa | Menggunakan kuasa elektrik lebih tinggi. Jika hanya menggunakan bateri, ia akan mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri. | Penggunaan kuasa elektrik yang rendah. Dapat menjimatkan penggunaan kuasa bateri sehingga lebih 30 minit. |
Permintaan Dipasaran | Mudah didapati dan terdapat pelbagai pilihan | Sukar untuk didapati. Mungkin lebih mahal dari biasa. |
Kelajuan Membuka/Membaca Fail | Perlahan daripada SSD | Sehingga 50% lebih cepat daripada HDD |
Jangka Masa Boot Windows 10 | Secara purata selama 40 saat atau lebih. | Secara purata selama 10 ke 30 saat atau kurang bergantung pada prestasi komputer. |
Kadar Haba | Tidak menghasilkan haba yang tinggi. Tetapi ianya lebih tinggi berbanding SSD kerana mempunyai komponen yang berputar | Masih menghasilkan haba tetapi tidak terlalu tinggi. |
Cadangan kami
Cadangan utama saya adalah untuk memilih kedua-dua storan ini, Anda boleh gunakan SSD sebagai Boot Windows and perisian, manakala HDD digunakan untuk simpanan data. Dengan cara ini, anda akan dapat menjimatkan harga dengan prestasi yang diinginkan.
Sekiranya anda ingin menaik-taraf PC atau laptop kepada SSD, cadangan saya SSD Heatz, dengan 3 tahun jaminan, harga SSD murah dengan prestasi terbaik dan jaminan yang hebat .
Untuk storan biasa, HDD model Western Digital (WD) atau Seagate, kedua-duanya mampu milik dan jenama yang berkualiti.
2 Comments