3 Langkah Kurangkan Penggunaan RAM Komputer
kita semua nak komputer atau laptop berfungsi lancar tanpa gangguan! Bayangkan tengah syok buat kerja atau gaming, tiba-tiba komputer jadi lembap atau terus beku. Memang stres habis! Salah satu punca utama masalah ini ialah penggunaan RAM yang tinggi. Bila RAM tak cukup atau terlalu banyak aplikasi dibuka serentak, sistem kita boleh jadi “sesak” dan prestasi akan terjejas.
Jadi, penting untuk kita tahu cara-cara untuk kurangkan penggunaan RAM bagi memastikan komputer kita sentiasa dalam keadaan optimum.
Apa Itu RAM dan Bagaimana Ia Berfungsi?
RAM, atau Random Access Memory, adalah bahagian penting dalam komputer kita. Ia menjadi aktif sebaik sahaja kita hidupkan komputer. Bayangkan RAM sebagai meja kerja. Semakin besar meja, semakin banyak buku (atau aplikasi) yang kita boleh letak dan guna pada satu masa.
RAM membantu kita lakukan banyak tugas, macam buka aplikasi, melayari internet, edit video, dan banyak lagi. Jadi, semakin besar kapasiti RAM yang ada, semakin lancar dan cepat komputer kita berfungsi. Anda boleh lihat jenis RAM komputer dan laptop.
Apabila kita buka pelayar web (Web Browser) seperti Google Chrome dan pada masa yang sama buka emel, RAM kita akan digunakan dengan pelbagai cara. Jika kita buka banyak tab di Chrome, setiap tab juga guna ruang RAM. Jadi, dalam artikel ini, saya akan tunjukkan 5 langkah mudah untuk kurangkan penggunaan RAM di Windows 10 dan 11. Dengan langkah-langkah ni, RAM laptop kita pun boleh “bernafas”.
Cara Mengurangkan Penggunaan RAM di Laptop atau PC Windows 10 dan 11
Sebelum itu, mungkin anda sudah tahu bahawa kita boleh cek prestasi komputer dengan “Task Manager”. Ini adalah aplikasi yang berguna untuk lihat apa yang sedang berlaku di dalam komputer kita. Melalui Task Manager, kita boleh tutup atau hentikan aplikasi yang tidak digunakan, yang selalunya berjalan di latar belakang dan secara senyap memakan RAM kita.
Anda boleh baca artikel saya sebelum ini, cara membuka dan menggunakan Task Manager komputer.

Langkah #1: Tutup Aplikasi dan Proses yang Tak Diperlukan
Banyak aplikasi beroperasi di latar belakang (background) tanpa kita sedari. Ini macam membiarkan lampu menyala dalam bilik yang kita tak guna.
- Tutup Aplikasi Yang Tak Digunakan: Semak taskbar di bawah skrin anda. Jika ada aplikasi yang tak digunakan, tutup saja dengan klik kanan pada ikon aplikasi dan pilih “Tutup”.
- Urus Aplikasi Permulaan: Aplikasi yang mula secara automatik bila kita hidupkan PC boleh jadi penyebab masalah. Buka Task Manager (tekan Ctrl + Shift + Esc). Pergi ke tab “Startup” dan disable aplikasi yang tak perlu. Ini membantu PC anda mula dengan lebih pantas.
- Hentikan Proses Latar Belakang: Dalam Task Manager, pergi ke tab “Processes” dan lihat aplikasi mana yang guna banyak RAM. Jika anda tak tahu apa itu, jangan terminate, google dulu!

Langkah #2: Uninstall Program yang Tak Digunakan
Setiap program yang ada dalam komputer kita boleh guna RAM walaupun tak dibuka. Fikirkan ini macam benda-benda yang memenuhi ruang di rumah anda.
Pergi ke Settings > Apps > Apps & features/installed Apps, semak senarai program, dan uninstall mana-mana yang tak digunakan. Ini bukan sahaja buat RAM kita lebih kosong, tapi juga bagi lebih ruang storan.
Langkah #3: Gunakan Pelayar Web dengan Bijak
Pelayar web macam Chrome dan Firefox boleh makan RAM banyak, terutama bila banyak tab dibuka.
- Tutup Tab Yang Tak Perlu: Jangan biar berpuluh tab terbuka. Tutup mana yang tak digunakan untuk jimatkan RAM anda.
- Urus Extensions: Extensions boleh membantu tapi juga makan RAM. Matikan atau uninstall yang tak anda gunakan.
- Gunakan Ciri Penjimatan Memori: Pelayar seperti Microsoft Edge ada ciri “Sleeping Tabs”. Pastikan ia diaktifkan untuk jimatkan RAM.
Langkah #4: Sesuaikan Tetapan Visual Windows
Windows 10 dan 11 ada banyak kesan visual yang cantik. Tapi, semua ini guna RAM.
Cari “Adjust the appearance and performance of Windows” dalam kotak carian. Dalam “Performance Options”, pilih “Adjust for best performance” untuk matikan semua kesan visual yang tidak penting. Ini boleh buat komputer anda lebih responsif.
Langkah #5: Imbas dan Bersihkan Malware
Malware dan virus boleh makan banyak RAM tanpa kita sedar. Jadi, amat penting untuk pastikan komputer kita bersih dari ancaman. Saya ada syorkan 5 perisian antivirus terbaik untuk Windows 10 dan 11.
- Gunakan Antivirus Yang Baik: Pastikan antivirus anda dikemas kini dan buat imbasan penuh secara berkala.
- Gunakan Alat Disk Cleanup: Ini boleh bantu buang fail-fail tidak diperlukan yang menyumbat sistem. Anda boleh cari “Disk Cleanup” dalam kotak carian Windows.
Kesimpulan
RAM memang memainkan peranan besar dalam menentukan kelajuan komputer, tapi jangan lupa, CPU dan jenis storan juga turut mempengaruhi prestasi keseluruhan. Jika komputer anda terasa lembap, cuba ikut 5 langkah mudah ini untuk kurangkan penggunaan RAM dan tingkatkan kelajuan sistem. Jangan biarkan RAM penuh jadi punca kerja anda terganggu!